Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

zzzZZZ

huhhhh... :O .... Cuaca yang sejuk di luar membuatkan mata aku seperti tidak mahu melihat matahari...terus tutup dan tutup sampai bulan datang menjalankan tugasnya untuk menghiasi langit..

TERBANGKAN PUISI RINDU

Rindu...tercipta engkau apabila berjauhan,, Mengapa rindu itu terbit??? Supaya datangnya kasih,, mengapa kasih itu terbit??? supaya timbulnya sayang,, Terima kasih rindu Rindu...ramai yang sakit bila kau tiba membawa virus,, Ratah jiwa kosong mereka tanpa ada belas,, adakah kau kejam??? adakah itu semua salah engkau??? Tidak... Kau juga adalah penawar kepada virus yang kau bawa,, Terima kasih rindu Rindu..hati aku berkata,, "ahhh,,celaka..rasa ini datang lagi.. Rindu..otak aku berkata,, "Sial,,kenapa rasa ini tidak mahu pergi.. Rindu,,mulut aku berkata,, "Kau si peneman hari".. Terima Kasih rindu Halakan mata pena di kertas,, Tulislah dengan waras,, Jangan ditulis dengan hati yang keras,, Terbangkan Puisi rindu di atas angin yang deras,, agar ia tahu betapa sakitnya jiwa terhempas,, Terima kasih rindu "Berdoalah pada yang tidak mati agar rindu itu tidak disalah erti"

PUZZLE BENTUK HATI

kanak2 itu kelihatan sedang berusaha,, memadankan kepingan2 kecil puzzle yang terdapat di tangannya,, raut wajahnya kelihatan seperti hendak berputus asa,, tetapi kepayahan itu terbalas,, dia dapat melengkapkan puzzle itu,, gembira tak terkata,, melompat lompat keriangan dari awal lagi aku perhati,, aku tersenyum,, sejenak ku berfikir,, "adakah "dia" kepingan puzzle terakhir yang bakal melengkapkan hidup AKU???" semuanya akan terjawab,, masa kehadapan tidak memandang ke belakang.....

INI BUKAN SAMPAH

Hari ini aku hidup untuk siapa??? hidup menuju-NYA ya itu pasti,, aku yang berdiri pada hari ini hidup untuk AKU,, bukan untuk KAU,DIA,MEREKA,BELIAU,DATO',DATIN,TAN SRI,, bukan juga kerana kata kata yang keluar dari kotak hitam,, hidup ini sudah ada landasannya,, ikut sahaja ke mana ia pergi,, belajar untuk menerima dan bukan menolak,, ini hidup AKU,,