Skip to main content

TERBANGKAN PUISI RINDU

Rindu...tercipta engkau apabila berjauhan,,
Mengapa rindu itu terbit???
Supaya datangnya kasih,,
mengapa kasih itu terbit???
supaya timbulnya sayang,,
Terima kasih rindu

Rindu...ramai yang sakit bila kau tiba membawa virus,,
Ratah jiwa kosong mereka tanpa ada belas,,
adakah kau kejam???
adakah itu semua salah engkau???
Tidak...
Kau juga adalah penawar kepada virus yang kau bawa,,
Terima kasih rindu

Rindu..hati aku berkata,,
"ahhh,,celaka..rasa ini datang lagi..
Rindu..otak aku berkata,,
"Sial,,kenapa rasa ini tidak mahu pergi..
Rindu,,mulut aku berkata,,
"Kau si peneman hari"..
Terima Kasih rindu

Halakan mata pena di kertas,,
Tulislah dengan waras,,
Jangan ditulis dengan hati yang keras,,
Terbangkan Puisi rindu di atas angin yang deras,,
agar ia tahu betapa sakitnya jiwa terhempas,,
Terima kasih rindu

"Berdoalah pada yang tidak mati agar rindu itu tidak disalah erti"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JIKA HARI INI

Jika hari ini kau melihat aku, Sebagai seorang yang kau cintai, Ketahuilah engkau bahawa aku, Tidak lagi akan pergi pada hati yang lain. Saat kau merelakan aku, Masuk ke dalam duniamu, Ketahuilah engkau bahawa aku, Sudah sedia berumah dihatimu Mungkin aku akan menyalakan bunga api yang akhirnya tidak lagi aku sambut sendiri. Noktah pencarianku dalam perjalanan yang panjang ini bukan bermaksud aku akan berhenti, tetapi sebagai permulaan untuk aku memulakan perenggan dan cerita yang baru. Bersamamu.

BONEKA

Aku suka menjadi boneka yang kau mainkan... bawa aku ke kiri ke kanan...kau ceritakan segala rintihan dan kegembiraan...aku sedia mendengar...kerna aku boneka yang kau mainkan...aku boneka ajaib...mampu memahami perasaan seseorang...jadi bila kau ceritakan segala kesedihan,aku simpati dan mengerti...aku setia menjadi boneka yang kau mainkan...dalam masa yang sama kau seperti memberi aku harapan dan ternyata aku terjatuh dalam harapan yang kau beri kerna aku ini boneka ajaib...apa kau sudah lupa aku mampu memahami dan mendalami perasaan? Rupanya aku yang terlalu mengharap...sedangkan kau bersama dengan hati yang lain...aku sebenarnya lupa...aku ini hanya boneka yang engkau mainkan...jadi ternyata salah aku kerna menjadi boneka ajaib yang mampu memahami dan mendalami perasaan seseorang...hakikatnya bodoh...

TERUSKAN MEMBENCI

Teruskan membenci... Jangan pernah berhenti.... Jika itu yang kau suka... Silakan... Siapa yang nak halang??? Kau pernah dengar orang kata tak??? "Jangan benci sangat...Nanti apa yang kau benci,itu yang kau dapat"... haaaa....Jadi teruskan membenci aku... Sebab aku harap nanti AKU yang kau akan dapat... yaaaaa.... AKU... Jadi di situ... Kita mulakan hidup baru... berjalan seiring... Menuju ke pintu yang agung itu... Tempat di mana... Kita hidup kekal selamanya...