Kopi yang masih panas ini aku hirup...Perlahan lahan..Penuh hati hati...Takut lidah menjadi mangsa...Fikiran aku menerawang ke luar jendela...Hujan masih turun seakan bola kristal kecil yang terhempas pecah berderai tepat mengenai permukaan yang pejal...Ahhh...Aku masih malas untuk melakukan apa apa...Duduk diam diam di satu sudut...Pandang kipas yang tidak kenal erti penat...Berputar ligat menurunkan suhu badan yang sedang hangat terbakar ini...Kopi yang masih panas itu masih berbaki separuh...Tidak aku usik...Aku biarkan sahaja menyejuk beku...Aku terus melayan rasa bosan ini..Kadang kadang ketawa sendirian tanpa sebab...HA HA HA...
Jika hari ini kau melihat aku, Sebagai seorang yang kau cintai, Ketahuilah engkau bahawa aku, Tidak lagi akan pergi pada hati yang lain. Saat kau merelakan aku, Masuk ke dalam duniamu, Ketahuilah engkau bahawa aku, Sudah sedia berumah dihatimu Mungkin aku akan menyalakan bunga api yang akhirnya tidak lagi aku sambut sendiri. Noktah pencarianku dalam perjalanan yang panjang ini bukan bermaksud aku akan berhenti, tetapi sebagai permulaan untuk aku memulakan perenggan dan cerita yang baru. Bersamamu.
Comments
Post a Comment