Si gagak hinggap di hujung tembok yang separuh abad itu.Hanya menunggu retak menanti belah,gerak menanti rebah.Penat meneroka perut langit yang maha luas.Di satu sudut dalam ruang matanya,terlihat seekor merak yang penuh warnian.Mengibar gibar megah ekornya yang cantik sambil menjeling jengkil ke arah si gagak hitam yang comot dan kotor itu.Seraya itu merak berkata "Wahai si gagak.Tidakkah engkau cemburu melihat diriku?Cantik dan selalu menjadi tumpuan.Tidak seperti kau.Comot,hitam dan busuk"..Tiada kelihatan hatta sedikit pun tanda tanda malu di muka si gagak."hai lah si Merak.Terlalu bangga benar kau dengan kecantikan luaran mu itu.Sedikit pun aku tidak rasa menyesal diwujudkan untuk menjadi gagak.Kamu itu yang patut menyesal.Apa guna cantik jika kau tidak bebas?Sentiasa terkurung dalam ruangan besi ini?Pernah kau melihat dunia luar?Pernah kau mengepakkan sayap kau itu di langit?.Si comot,busuk dan kotor yang kau hina ini bebas terbang di udara.Pergi ke mana sahaja dihajati kemahuannya.Tidak akan aku luahkan walau sedikit pun rasa menyesal menjadi GAGAK."Si gagak pun terbang meninggalkan si Merak yang masih menjadi penghuni di dalam sangkar besi.

Comments
Post a Comment