Skip to main content

CERITANYA BEGINI

Ceritanya begini....
Semalam Ali ada mimpi...Dia main kejo kejo depan rumah...Dia lari amboi amboi lajunya...Tak perasan pula depan tu ada kereta...Kena langgo...Ali terpelanting jauh...Dia nampak kaki dia putus dua...Tangan dia dah lunyai macam sayur bayam layu...Mata dia sebelah dah terkeluor daripada soket...Isi perut terburai atas jalan...Otak dah bersepai menjadi abstrak atas jalan tar...Memang sadis betul tengok mayat Ali masa tu...

Ceritanya begini...
Semalam sebelum Ali mimpi yang dia main kejo kejo depan rumah...Ahmad ada mimpi...Dia nampak ada orang kena langgo dengan kereta...dia tak cam pulak siapa yang dia nampak dalam mimpi dia tu...Yang dia tahu kaki orang tu putus...otak bersepai...Tangan lunyai...Isi perut bersepah sepah...Ahmad tak sempat nak tolong orang dalam mimpi dia tu...Dia terjaga dari tido sebab nak terkencing...

Ceritanya begini...
Sebelum Ahmad mimpi yang dia nampak orang kena langgo...Acap ada mimpi...Dia tengah bawak kereta time tu...Tiba tiba ada orang lari depan kereta dia...Dia tak sempat nak brek....Dum!!!!...Bunyi besi keras menghentam objek pejal...Acap pun tak pasti siapa yang dia langgo tu....Yang dia nampak kaki orang tu putus dua...Tangan dah lunyai macam sayur bayam layu...Mata terkeluor daripada soket...Isi perut terburai atas jalan...Otak dah bersepai...Acap tak sempat nak turun untuk tolong orang dalam mimpi dia tu...Dia terjaga dari tido sebab nak mandi wajib...Takut terlepas semayang suboh...

Ceritanya begini...
Hari ni Ali,Ahmad dengan Acap janji nak keluor sama sama...Pergi tengok wayang cerita Mamat Khalid...Ali dengan Ahmad tumpang naik kereta Acap...Tengah syok syok diorang bebual dalam kereta tu tiba tiba diorang nampak ada satu mamat ni lari g tetengah jalan...Nasib baik Acap sempat brek kereta dia tak hentam kereta depan...Yang tak bernasib baiknya kereta depan tu langgo mamat tadi tu...Kaki mamat tu putus dua...Tangan dia dah macam sayur bayam layu...Mata dia sebelah dah terkeluor daripada soket...Isi perut terburai atas jalan...Otak dah bersepai...Ada satu mamat lain pulak yang tengok eksiden tu cepat cepat lari kat tempat eksiden tadi tu...Diorang pun keluor la daripada kereta nak tengok tengok...Ali check la dompet mamat yang kena langgo tu...Dia jumpa IC...."ALI BIN MAT"...."Ahhh sial...Macam mana nama dia dengan aku boleh sama pulak???Nasib baik nama bapak lain..."Ali bermonolog....Ahmad pulak tanya nama mamat yang tengok eksiden tu..."Barua....Macam mana nama dia dengan aku boleh sama pulak???Nasib baik nama bapak lain..."Ahmad bermonolog...Acap pulak tanya nama mamat yang bawak kereta tu..."Celaka...Macam mana nama dia dengan aku boleh sama pulak???Nasib baik nama bapak lain..."Acap bermonolog...

Ceritanya begitu..................

Comments

Popular posts from this blog

TERBANGKAN PUISI RINDU

Rindu...tercipta engkau apabila berjauhan,, Mengapa rindu itu terbit??? Supaya datangnya kasih,, mengapa kasih itu terbit??? supaya timbulnya sayang,, Terima kasih rindu Rindu...ramai yang sakit bila kau tiba membawa virus,, Ratah jiwa kosong mereka tanpa ada belas,, adakah kau kejam??? adakah itu semua salah engkau??? Tidak... Kau juga adalah penawar kepada virus yang kau bawa,, Terima kasih rindu Rindu..hati aku berkata,, "ahhh,,celaka..rasa ini datang lagi.. Rindu..otak aku berkata,, "Sial,,kenapa rasa ini tidak mahu pergi.. Rindu,,mulut aku berkata,, "Kau si peneman hari".. Terima Kasih rindu Halakan mata pena di kertas,, Tulislah dengan waras,, Jangan ditulis dengan hati yang keras,, Terbangkan Puisi rindu di atas angin yang deras,, agar ia tahu betapa sakitnya jiwa terhempas,, Terima kasih rindu "Berdoalah pada yang tidak mati agar rindu itu tidak disalah erti"

MELUPAKAN DILUPAKAN

Pernah tak rasa bila kau dilupakan seseorang??? kau tahu betapa sakitnya rasa itu??? jika tidak pernah merasainya kau sememangnya bertuah...Cukup bertuah...Melupakan atau dilupakan??? baik...Mari kita berdiskusi sebentar... Melupakan itu mudah...Ya...Sememangnya mudah bagi mereka yang ada hanya bila kita sedang ketawa...Tapi bila kita sedih dia hilang entah ke mana...Ibaratnya mahu mencari sebutir pasir di kaki pantai...Inikah yang dikatakan sahabat sejati sehingga ke mati??? Melupakan itu bukan mudah...Kepada mereka yang kita sayang...apa betul apa yang aku tulis ini??? tidak perlu kau perbetulkan..aku tahu aku betul...Jika hati sudah bertaut sayang...sudah bersarang rindu...Apa apa pun nampak indah...Tapi harus ingat...Kita sayang dia belum tentu dia sayang kita...Hak kita untuk sayang dia...Dia juga berhak untuk memilih... Melupakan itu mustahil...Walaupun hakikatnya manusia itu sememangnya sinonim dengan perkataan "lupa" akan tapi untuk melupakan seseorang yang...

PENCURI

Aku takut atau kau yang tak mahu ambil risiko??? Kenapa kau tak fikir sebelum kau curi hati aku - lari jauh jauh...Celaka...aku penat celaka...Nak main kejar kejar...Woi...pulang balik...Kau bukan tak layak...Cuma - tak tahu menghargai...Ahhh...pencuri bodoh...Sayangnya tiada akta yang membolehkan kau dipenjara...Tidak mengapa...Kali ini kau bebas...Suka???