Skip to main content

DIA DATANG DIA PERGI

Kau sedih kau menangis la...Pinjam bahu aku ini jika perlu...Tiada siapa nak halang...Menangis bukan tanda kuat atau lemahnya seseorang...Kita rasa sedih...Kita menangis la...Dah memang begitu pun fungsi ciptaannya...Kau tak boleh nak lawan hukum alam...Sudah lari maksudnya...

Kau gembira kau ketawa la...Kalau masa kau gembira kau lupa aku pun aku tak kesah dah...Tapi kau harus bayar masa yang aku pernah luangkan untuk kau waktu kau sedih dulu...Kau pinjam bahu aku...Tiga puluh sen duit aku yang kau guna untuk beli tisu sebagai pengelap air mata...Ingat lagi tak???

Kau marah kau maki lah....Aku tak heran sebab bila kau marah nati mesti kau akan rasa sedih...Dan masa itulah sekali lagi bahu aku ini akan kau cari...

Comments

Popular posts from this blog

JIKA HARI INI

Jika hari ini kau melihat aku, Sebagai seorang yang kau cintai, Ketahuilah engkau bahawa aku, Tidak lagi akan pergi pada hati yang lain. Saat kau merelakan aku, Masuk ke dalam duniamu, Ketahuilah engkau bahawa aku, Sudah sedia berumah dihatimu Mungkin aku akan menyalakan bunga api yang akhirnya tidak lagi aku sambut sendiri. Noktah pencarianku dalam perjalanan yang panjang ini bukan bermaksud aku akan berhenti, tetapi sebagai permulaan untuk aku memulakan perenggan dan cerita yang baru. Bersamamu.

BONEKA

Aku suka menjadi boneka yang kau mainkan... bawa aku ke kiri ke kanan...kau ceritakan segala rintihan dan kegembiraan...aku sedia mendengar...kerna aku boneka yang kau mainkan...aku boneka ajaib...mampu memahami perasaan seseorang...jadi bila kau ceritakan segala kesedihan,aku simpati dan mengerti...aku setia menjadi boneka yang kau mainkan...dalam masa yang sama kau seperti memberi aku harapan dan ternyata aku terjatuh dalam harapan yang kau beri kerna aku ini boneka ajaib...apa kau sudah lupa aku mampu memahami dan mendalami perasaan? Rupanya aku yang terlalu mengharap...sedangkan kau bersama dengan hati yang lain...aku sebenarnya lupa...aku ini hanya boneka yang engkau mainkan...jadi ternyata salah aku kerna menjadi boneka ajaib yang mampu memahami dan mendalami perasaan seseorang...hakikatnya bodoh...

MALAM

malam ni aku gelap... gelap dalam malam... gelap jiwa kelam... gelap amarah terpendam... malam ni tak macam malam yang lain... hanya lampu kalimantang membias cahaya... hanya terfikir tentang dosa... dosa yang sengaja atau terpaksa... takut dijilat api seksa... malam ini bintang hilang... mungkin hilang pergi perang... mungkin merajuk tak mahu menerang... mungkin tahu hati aku yang tengah bengang... "karya tepi jalan,jangan campak...ambil dan simpan"